Sambal Nyet ciplak bakal berhadapan tindakan undang-undang


Sumber Instagram sambalnyet


Sebut pasal Khairul Aming sudah pasti ramai yang mengenali. Beliau merupakan seorang pempengaruh media sosail dan juga usahawan muda. Hanya dengan mempunyai satu produk sahaja iaitu Sambal Nyet beliau mampu meraih sehingga jutaan ringgit.

Bukan itu saja, beliau juga terkenal dengan sikapnya yang merendah diri dalam apa jua situasi. Dengan tingkah laku dan kejayaan tersebut sudah tentu ramai usahawan menjadikan beliau sebagai ikon inspirasi.

Baru-baru ini timbul berita mengenai sambal beliau telah diciplak dengan label, teks, serta kad yang hampir sama sehingga menimbulkan kekeliruan kepada pembeli.

 

Sumber X 
@cheajibsayang


Dalam video di laman sosial beliau ada menyatakan mengenai perkara ini

"Kita sedar kewujudan sambal ni sejak beberapa hari lepas. Tapi kita tengah kumpul bukti untuk ambil tindakan undang-undang.

"Kami dah beli sambalnya untuk dijadikan bukti dan jejak siapakah penjual terbabit.  

"Sambalnya sangat identical (sama). Kita telah kenal pasti siapakah seller dan hari ni peguam kami dah hantar letter of demand (LOD) di atas Infringement of Intellectual Property Rights and Passing Off," katanya menerusi hantaran video di Instagram pada Khamis.


Kata beliau lagi, terdapat lapan tuntutan telah disenaraikan dalam LOD berkenaan, namun tidak mendedahkan lebih lanjut.


"Jika mereka gagal penuhi kesemua tuntutan tersebut kita akan bawa kes ini ke proses undang-undang yang seterusnya," katanya.


Anak kelahiran Kelantan itu menjelaskan, tanda dagangan Sambal Nyet telah didaftarkan di Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) dan diluluskan pada tarikh 2 November 2021.

Ini bukan kali pertama isu ciplak ini terjadi. Tiga tahun lepas juga pernah berlaku dimana sambal ciplak tersebut menggunakan 100% rekaan asal menggunakan nama Sambal Nyet.

"Saya selalu beri sokongan kepada peniaga kecil tapi berniaga lah dengan cara yang beretika dan berhemah. Jangan aniaya orang ramai macam ni," katanya lagi.


Kali ini sambal ciplak dengan jenama "Sambal Nyet Khairi" mula diperkatakan. Rekaan pembungkusan menyerupai identiti "Sambal Nyet" yang dikeluarkan oleh Khairul Aming.

Perkara ini menjadi bualan di kalangan netizen, memancing pelbagai kritikan. Ini kerana ciri-ciri produk ciplak yang dikenal pasti mirip dengan produk asal, termasuk logo, tulisan, dan kad dengan gambar individu yang diyakini milik penjual sambal tersebut.

Previous Post Next Post