Tips memilih cili kering yang baik mengikut tahap kepedasan.


Memilih cili kering yang baik adalah kunci untuk mendapatkan rasa dan aroma yang memikat dalam masakan anda. Disini Mood Makan ingin kongsikan beberapa tips daripada pengguna untuk memilih cili kering yang baik mengikut tahap kepedasan:


4 Jenis Cili Kering Mengikut Tahap Kepedasan


Tak habis² lagi perkenalkan jenis cili ni.

Hadamkan ya. Kalau pedas jugak cili yang tuan puan beli dikedai, boleh beli dengan Kak Diva. Kak Diva boleh pos. So jom kita baca .


Sumber Google Image

Gemuk - Tak Pedas

Saiz besar, berkilat, biji yang banyak, kulitnya tebal dan liat, jika diblend, masih ada tekstur kasar, melainkan menggunakan heavy duty blender.

Ia juga dinamakan sebagai cili kering kelantan,kerana banyak digunakan dan dijual di sana.

Original: Thailand

✔️Sesuai untuk semua masakan, dicampur dengan cili 668,273 dan Teja untuk dapatkan kepedasan yang seimbang dan warna merah yang cantik serta sesuai untuk dimakan oleh kanak² atau orang tua.

Kalau tuan puan suka kan pedas, cili jenis ini tidak menepati citarasa tuan puan.

🌶️Tahap Kepedasan: Tak Pedas


Sumber Google Image

668 - Pedas

Tekstur kerinting, kurang biji, dan kulitnya nipis berbanding Cili Kering Gemuk. Mudah diblend sehingga halus tanpa menggunakan blender heavy duty.

Original: Thailand

✔️Sesuai untuk dimasak:Kuih popia sira, Kuih burger Malaysia, Sambal Ikan bilis, sambal udang petai, kuetiew goreng basah, mee goreng basah, mee kuah, laksa, nasi goreng cili kering, sambal telur mata/rebus/pecah, Shellout dan lain-lain.

Sesuai untuk tuan puan yang suka kan pedas.

10 tangkai cili kering ini sesuai untuk satu hidangan 4 orang makan.

🌶️🌶️🌶️Tahap kepedasan: Pedas


Sumber Shopee

273 - Pedas

Saiz seperti cili padi, berkilat dan banyak biji.Kulitnya nipis dan mudah diblend menggunakan blender biasa sahaja. Tahap keepdasam sama seperti 668.

Original: Thailand

✔️Sesuai untuk dimasak: Rendang, Laksa, Mi Goreng, Sambal Ikan Bilis Nasi lemak , Sambal ikan, Sambal sotong, Asam pedas, Sambal ketam, Masak Masam manis kerapu, Ayam Masak kicap jawa, Daging goreng berlada, Ikan Talapia panggang bersambal,Pes Ikan Bakar, Ayam goreng mamak dan lain-lain.

🌶️🌶️🌶️Tahap Kepedasan: Pedas


Sumber Facebook

Teja - Sangat Pedas

Rupa dan bentuk seperti cili jenis 273, tetapi sedikit kerinting.Tidak mempunyai batang. Jenis ini mempunyai kulit yang nipis dan mudah untuk diblender menggunakan blender biasa. Ia juga dinamakan Cili Kering Siam. ni tahap pedas dia tak boleh bawak bincang 😆

Original: Thailand

✔️Sesuai untuk dimasak: Ayam Masak Cili Kering Stail Cina Muslim atau jadikan flakes ( disangai/dibakar dalam oven dan blend kering)

Sesuai untuk mereka yang sukakan pedas.

🌶️🌶️🌶️🌶️🌶️Tahap kepedasan: Sangat Pedas


Persamaan untuk keempat² cili ialah pijar apabila disentuh..


Sekian,

Kak Cabai Diva International 🎉


Sumber asal Facebook Zurr Izaty Zolkepli


Previous Post Next Post